Hari ini ulangtahun kelahiran arwah Ummi saya. Kalau Ummi ada, umur Ummi dah mencecah 55 tahun. Tapi Ummi dah tiada. Ummi meninggal pada usia 44 tahun disebabkan oleh TB Meningitis. Cukup singkat tempoh Ummi sakit. Hanya sebulan. Sebelum itu Ummi cukup sihat orangnya. Ummi jarang diserang penyakit. Suatu kisah. Saya sangat sayangkan Ummi. Siapa tak sayang mak kan.. πŸ˜‹ Masa saya di MATRI, sahabat saya Ummu Ilyani pernah memberitahu. "Bila kita dah kahwin nanti, kita kena utamakan ibu mertua lebih daripada ibu kita sendiri" Tambah dia lagi, "Kalau ibu dan ibu mertua kita kedua-duanya hampir lemas, kita wajib selamatkan ibu mertua dahulu" Saya terkedu. sanggupkah saya?? Ohh tak sanggup...tak sanggup... Setiap hari saya berfikir dan terus berfikir akan hal itu. Saya mengadu pada Allah atas ketidaksanggupan saya itu. Rupanya Allah mendengar rintihan saya. DIA ambil Ummi saat saya masih di MATRI. Saat saya belum bernikah dan belum punya ibu mertua. Sungguh besar hikmah saya kehilangan Ummi di usia yang muda. Kini saya mempunyai sungguh ramai ibu, yang sudi memberi sedikit ruang untuk saya menumpang kasih mereka. Saya mampu mengutamakan ibu mertua lebih daripada ibu sendiri walaupun kedua-duanya amat saya sayang. Malah ibu mertua itu sudah seperti ibu saya sendiri! Aisyah sayang ibu, Norhashimah bt Mastuki. Aisyah sayang Mak, Rosni bt Sabarudin. Dan untuk Ummi, Aisyah doakan Ummi berbahagia di sana. Ditemani cahaya yang terang benderang, dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah. Jumpa lagi di Syurga nanti ^____^ Gambar: Ummi dan saya yang tembam. Hik hik. 15β€’05β€’2015 4:47 PM Wad Palliatif, HRPB Ipoh.

This product uses the Instagram API but is not endorsed or certified by Instagram. All Instagramβ„’ logos and trademarks displayed on this application are property of Instagram.