[BURUNG WAK-WAK] Dulu masa baru kahwin, selalu nampak burung ni melintas depan kereta masa lalu kat jalan dalam kampung. Dan suami asyik cakap dekat saya, "Burung ni sedap tau...tapi nak dapat tangkapnya punya lah susah" Sampai saya berdoa dalam hati, ya Allah..janganlah Kau bagi aku mengidam nak makan burung ni. Kang naya pulak kat suami nak kena gi cari. Yang suami pun satu. Dah tau susah nak dapat, pi layur-layur pulak kat kita kata sedap. Hehehe. Allah izin semalam ada kawan suami bagi. 2 ekor. Goreng ngan garam kunyit macam tu aje. Tapi dia punya sedap...MasyaAllah Tabarakallah! Isi dia chewy-chewy macam pedal ayam. Tapi berganda lagi kesedapannya. Saya makan memang tak bazir walau sebesar zarah pun isinya. Sebab lepas 5 TAHUN dengar cerita baru dapat rasa! 15-6-2015 2:07 pm

This product uses the Instagram API but is not endorsed or certified by Instagram. All Instagramâ„¢ logos and trademarks displayed on this application are property of Instagram.